Indexed proceedings conference: The 8th International Accounting &Business Conference 2024

UiTM Cawangan Johor dengan sukacitanya mengumumkan International Accounting and Business Conference 2024 – edisi kelapan (8th IABC 2024), yang akan diadakan pada 19 dan 20 Ogos 2024. Pada kali ini, persidangan ini akan dianjurkan bersama Perbanas Institute dan penganjuran ini akan diadakan di Jakarta, Indonesia. Persidangan ini akan dianjurkan secara hibrid.

8th IABC 2024 ini didedikasikan untuk memupuk pertukaran idea inovatif dan pengetahuan mengenai perkembangan terkini, kali ini bukan sahaja dalam bidang perakaunan dan perniagaan sahaja, malah dalam bidang sains dan teknologi. Ia bertujuan untuk menyediakan satu platfom yang komprehensif dikalangan para akademik dan penyelidik dari dalam dan luar negara yang hadir untuk saling berkerjasama dan menjalinkan jaringan industri.

Sebagai bonus, pada kali ini, 8th IABC 2024 akan menerbitkan prosiding berindeks yang mana semua manusrip yang dihantar akan diindekskan didalam SCOPUS, MyCite, Google Scholar, dan SpringerLink, tertakluk pada peraturan, terma dan syarat. Bagi memperkasakan kajian kualitatif para penyelidik dan pelajar pasca-siswazah, 8th IABC 2024 juga menawarkan bengkel applikasi kajian kualitatif – NVIVO – kepada yang berminat.

Untuk butiran lanjut, sila layari laman web kami di https:www.confmanage/conference/index?id=36.