Iftar Ramadan Bersama Pelajar Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi, UiTM Cawangan Pahang

21 Mac 2024 – Cabaran sebagai seorang mahasiswa bagi mengharungi bulan Ramadan di kampus bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun ada diantara pelajar perlu menjalani ibadah Ramadan jauh dari pangkuan keluarga, tetapi cabaran ini tidak sedikit pun mematahkan semangat mereka. Malah, ujian ini sedikit sebanyak menjadi pembakar semangat bagi pelajar untuk terus cemerlang dalam mengejar cita-cita dan impian mereka.

Menyedari keberadaan pelajar di dalam kampus, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dengan kerjasama Office Management Student Association (OMSA), UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka telah mengambil langkah proaktif dengan menjemput pelajar berkenaan untuk berbuka puasa bersama tiga orang pensyarah daripada Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi. Dengan adanya majlis ini, ia dapat mengeratkan lagi ukhuwah diantara pelajar dan pensyarah.

Akhir sekali, dibulan yang penuh barakah ini, barisan pensyarah dari Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi mendoakan semoga segala urusan para pelajar dan pensyarah dipermudahkan oleh Allah SWT.