Hubungan Antarabangsa: Majlis Menandatangani MoU UiTM Cawangan Perak di Dhaka, Bangladesh

DHAKA, 1 November 2023 – Pada 1 November 2023 hingga 6 November 2023, delegasi dari Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak telah membuat kunjungan ke Universiti Dhaka, Bangladesh. Objektif program kali ini adalah untuk menandatangani MOU dan perbincangan aktiviti kolabrasi dan menjalinkan hubungan bersama pelbagai negara. Majlis menandatangani MOU ini juga dihadiri oleh delagsi dari Institut Seni Budaya (ISBI) Bandung, Indonesia.

Majlis menandatangai MOU ini telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim (Rektor UiTM Perak, Malaysia), Dr. Supriatna (Timbalan Rektor ISBI Bandung, Indonesia), dan Prof. Dr. Md. Akhtaruzzaman (Naib Canselor Universiti Dhaka).

Majlis menandatangani MOU dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh wakil dari Malaysia dan Indonesia. Seterusnya, ucapan aluan dan perasmian yang disampaikan oleh Prof. Dr. Md. Akhtaruzzaman.

Dalam ucapannya, Naib Canselor Universiti Dhaka amat berharap dengan terjalinnya hubungan tiga negara ini pelbagai aktiviti bersama dapat dijalankan secara giat dan berimpak tinggi. Diantaranya adalah seperti aktiviti kolabrasi dalam kaedah pendidikan, khidmat masyarakat, aktiviti pelajar dan sebagainya. Pada sesi petang, aktiviti ‘team teaching’ telah dijalankan Bersama pelajar-pelajar dari Universiti Dhaka. Banyak ilmu serta pengalaman khususnya dalam bidang rekaan karakter dikongsi dalam program yang berlangsung selama 2 jam ini.

Dengan berlangsungnya menandatangani MOU antara UiTM Perak, Universiti Dhaka dan ISBI ini, diharapkan pelbagai aktiviti dan program dapat dijalankan pada masa akan datang dan mengeratkan lagi hubungan antara Malaysia, Bangladesh, dan Indonesia secara umum. Selain itu, pelbagai aktiviti yang berimpak tinggi terutama kepada komuniti dapat dijalankan dengan lebih baik.