High Impact Community Engagement (HICE) Fasa 1: Mural Marine Research Station, Pulau Tuba Langkawi

Program Khidmat Masyarakat bagi Penghasilan Mural telah berlangsung di Pusat Penyelidikan & Kecemerlangan Maritim Pulau pada 19 sehingga 21 Disember 2023. Program ini adalah anjuran bersama UiTM Cawangan Perak dan UiTM Cawangan Perlis selaras dengan program High Impact Community Engagement (HICE) Fasa 1. Program ini telah disertai oleh 7 orang pensyarah dari Kolej Pengajian Seni Kreatif yang bertindak sebagai pengurus dan fasilitator kepada 20 pelajar Persatuan Qasira dari Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM Cawangan Perak. Pensyarah yang terlibat adalah Dr. Mohd Khairulnizam Ramlie bertindak sebagai Ketua Program, Puan Siti Hajar Maizan penyelaras persatuan Qasira sebagai Timbalan Ketua Program, Puan Nurul Shima Taharuddin Pengurusan pelajar, Muh Sarip Abdul Rahman dan Ashraf Abdul Rahaman sebagai perunding reka bentuk mural, Dr Mohd Nasiruddin Abdul Aziz, dan Ahmad Khairul Azizi Ahmad pengurusan tugas-tugas khas.

Program dimulakan pada hari pertama dengan melakukan lakaran awal pada dinding yang telah disediakan dan dikemas oleh pihak UiTM Perlis.

Kerja-kerja lakaran awal dan mewarna dijalankan dalam masa 42 jam untuk disemua kawasan terlibat. 20 orang pelajar persatuan Qasira juga diberi peluang untuk menerokai kawasan Pulau Tuba dan pendedahan kepada kehidupan di Pulau Tuba.

Pada hari terakhir 21 Disember 2023, wakil pihak UiTM Perlis telah datang melawat dan sempat berbincang mengenai projek seterusnya.

Plak Cenderahati sebagai kenangan dan tanda mural di sampaikan kepada Encik Khairul Naim Abd. Aziz wakil UiTM Perlis oleh Dr Mohd Khairulnizam Ramlie disaksikan wakil dari UiTM Perlis Encik Mihd Halimi Ab Hamid, Encik Sharir Aizat Kamaruddin. Majlis bersurai selepas sesi bergambar dijalankan.