HEP KPPIM Wall of Fame : Meraikan Kejayaan Cemerlang Pelajar

 

KPPIM SHAH ALAM, 18 Ogos 2023 – Majlis Perasmian HEP KPPIM Wall of FAME telah berlangsung di Kompleks Al-Khawarizmi, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) Universiti Teknologi MARA di Shah Alam, hari ini. Perasmian majlis ini disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP), YBhg. Prof. Dr Hj. Mohd Sazili Shahibi.

HEP KPPIM Wall of Fame merupakan ruang yang mempamerkan lebih daripada 200 kejayaan pelajar KPPIM di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Ruang ini juga merupakan satu penghargaan terhadap kepelbagaian bakat dan pencapaian pelajar yang telah mengharumkan nama KPPIM UiTM.

Menurut Prof. Dr Hj. Mohd Sazili Shahibi, KPPIM merupakan peneraju dalam membangunkan mercu tanda kejayaan pelajar-pelajar atau “Wall of Fame” di UiTM. Ia dapat menyuntik inspirasi para pelajar untuk berlumba-lumba menempa kejayaan di sepanjang pengajian mereka di UiTM. Ini adalah selaras dasar pendidikan tinggi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi yang memberi tumpuan kepada soal penyediaan bakat, penyelidikan dan inovasi, menggalakkan pemindahan dan perkongsian ilmu oleh universiti kepada masyarakat serta pengantarabangsaan sektor pendidikan dalam menjayakan kerangka Ekonomi MADANI.

Prof. Ts Dr Haryani Haron, Penolong Naib Canselor KPPIM berkata , “Wall of Fame” bukan sekadar deretan nama dan kejayaan, tetapi ia adalah penghormatan dan penghargaan kepada perjuangan dan tekad yang dilaksanakan graduan kolej. Ia selaras dengan aspirasi UiTM di dalam menghasilkan graduan berkompetensi global.

Pada majlis ini, Prof. Dr Hj. Mohd Sazili Shahibi turut menandatangani plak perasmian sebagai simbolik perasmian HEP KPPIM Wall of Fame di hadapan kira-kira lebih 80 orang hadirin. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pengurusan kanan , para pensyarah dan pelajar KPPIM.

Galeri Gambar: