Hari Pendaftaran Pelajar Baru Pra Diploma Di Kolej Kediaman

Pada 26 September yang lepas, telah berlangsungnya hari pendaftaran pelajar baharu pra-diploma sesi Oktober 2020. Seluruh kampus UiTM yang terdapat program pra-diploma kecuali UiTM Tawau telah menerima kemasukan pelajar baharu. Setiap kolej kediaman kampus cawangan telah menetapkan proses pendaftaran pelajar baharu mengikut SOP bagi mengelakkan penyebaran Covid-19. Prosedur proses pendaftaran dijalankan berbeza mengikut kampus cawangan. Kampus Tawau tidak menerima sebarang pendaftaran atas sebab daerah Tawau dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) kerana berada di dalam zon merah akibat pandemik Covid-19.

Pendaftaran yang sepatutnya berjalan pada 27 Oktober telah ditunda kerana PKPD dilanjutkan sehingga 10 Oktober 2020. Seperti di kampus Shah Alam, pendaftaran pelajar atlet telah dijalankan di Kolej Kediaman Teratai untuk siswa dan Kolej Kediaman Seroja untuk siswi. Pendaftaran di kampus ini telah dijalankan seperti biasa. Manakala di kampus Kuala Pilah, pendaftaran telah dijalankan mengikut kategori pelajar. Pelajar dari golongan B40 (PD007) telah datang mendaftar pada sesi pagi. Bagi pelajar bukan B40 (PD008), mereka telah membuat pendaftaran pada sesi petang. Berbeza pula bagi kampus Seri Iskandar & Alor Gajah, proses saringan dan pendaftaran dibuat secara pandu lalu (drive-thru).

Selepas pendaftaran, mereka akan terus ke kolej kediaman yang ditetapkan. Ini adalah ini inisiatif bagi mengelakkan sentuhan secara langsung antara pelajar dan staf bertugas. Bagi kampus – kampus lain seperti kampus Machang, Dungun, Bukit Besi, Jengka, Arau, Sungai Petani, Permatang Pauh, Segamat dan Samarahan, pendaftaran adalah seperti biasa iaitu di pejabat kolej atau dewan serbaguna kolej kediaman. Secara totalnya, proses pendaftaran pelajar baharu sesi Oktober 2020 telah berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan serta menepati prosedur operasi standard yang telah ditetapkan. Pihak PPT mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga kerja UiTM yang terlibat serta tahniah buat semua pelajar yang telah datang mendaftar.