Minggu Destini Siswa (MDS) Pelajar Pra Diploma

Sekitar gambar suasana Minggu Minggu Destini Siswa (MDS) Pelajar Pra Diploma di beberapa kampus negeri pada 27 September sehingga 2 Oktober 2020 yang lalu. Sepanjang minggu ini pelajar diberi pendedahan tentang pengenalan universiti dan juga taklimat motivasi yang mana ada yang disampaikan secara online dan juga face to face.

Pihak Pejabat Pra Pengajian Tinggi sentiasa memastikan segala aktiviti menepati prosedur operasi standard yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penyebaran Covid-19. Bagi pelajar yang mempunyai masalah internet pihak kampus sentiasa prihatin dengan menyediakan makmal komputer bagi memastikan maklumat terus dapat disampaikan. Di akhir program ini, pelajar-pelajar PPT lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk meneruskan cita-cita mereka.