MACHANG, 14 Oktober 2023 – Pada 14 Oktober 2023, di Kg Pangkal Petai Dalam, Machang, Kelantan, telah berlangsung Hari Kesihatan Komuniti (HKK) yang dianjurkan oleh Kumpulan 5 yang terdiri daripada 4 orang pelajar perubatan tahun dua semasa tempoh latihan praklinikal mereka, dengan bimbingan Dr. Ummi Mohlisi Mohd Asmawi. Acara ini mendapat sokongan rakan-rakan kolaborasi seperti KRT Kg Pangkal Petai Dalam, Perpustakaan Kg Pangkal Petai Dalam, Lembaga Penduduk & Pembanganuan Keluarga Negara (LPPKN), Klinik Kesihatan Batu 30, Pusat Rawatan Al Farhain, dan Malaysian Relief Agency (MRA) Kelantan.
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan termasuk ceramah penyakit tiga serangkai oleh Dr Afif Mohd Ridzwan dan pencegahan kanser terutamanya kenser payudara dan serviks telah disampaikan oleh Dr Alifah Mohd Zizi. Klinik Kesihatan Batu 30 menjalankan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, pengesanan gula dalam darah, pengukuran jisim tubuh badan (BMI) dan kaunseling kesihatan. Manakala LPPKN menawarkan saringan HPV DNA dan pendaftaran mammogram secara percuma. MRA Kelantan membuka tapak pameran berkaitan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan memberikan sumbangan cabutan bertuah.
HKK turut dimeriahkan dengan aktiviti senamrobik, bola beracun, dan sepak bola. Program ini telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak, termasuk Fakulti Perubatan UiTM Sungai Buluh. HKK di Kg Pangkal Petai Dalam, Machang, adalah contoh bagaimana pendidikan kesihatan dan penglibatan komuniti membawa hasil kesihatan yang lebih baik serta memperkukuh kemahiran komunikasi dan kepimpinan pelajar. Usaha ini diharapkan akan terus berterusan dan menjadi inspirasi.