International Virtual Go Green 2023 (i-VGG2023)

PERAK, 22 September 2023 – Telah berlangsung persidangan International Virtual Go Green 2023 (i-VGG2023) pada 21 September hingga 22 September 2023 yang lalu secara maya. Sebanyak 121 kertas kajian telah berjaya dibentangkan di persidangan yang bertemakan “Building a Sustainable Tomorrow: The Role of Digital Transformation in Leading the Way”.

Persidangan ini adalah hasil usahama kolaborasi dan aktiviti Memorandum of Agreement (MoA) bersama Institut Teknologi Nasional Yogyakarta (ITNY) dan Unit Pengurusan Penyelidikan, Pejabat Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (PJIMA) UiTM Cawangan Perak, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), konsultan arkitek serta perkongsian ilmu akademia kebangsaan dan antarabangsa daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan Loughborough University.

Objektif persidangan ini adalah bertujuan untuk mencapai pembangunan penyelidikan berasaskan Sustainable Development Goal (SDG) dan penerbitan peringkat nasional ke arah antarabangsa. Sekaligus ini menyediakan satu platform konferensi dan penerbitan kepada ahli akademia serta menyelaras aktiviti secara bersasar bagi pencapaian KPI penerbitan akademia di UiTM.

Penceramah ucaptama bagi persidangan ini adalah Prof. Dato’ Dr. Aldrin Abdullah daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Wayan Suparta, Director for Research, Community Service and Innovation, Institut Teknologi Nasional, Yogyakarta, Indonesia, Ar. IDr. Ts Qhawarizmi Norhisham, Direktor Praktika Architects Sdn. Bhd., Dr Robby Soetanto, Reader in Construction Innovation Management, CEM Programme Director, Loughborough University, United Kingdom dan wakil daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) iaitu Ts Mohammad Farid bin A Hamid.

Persidangan ini turut menobatkan serta meraikan pemenang-pemenang bagi Anugerah Kertas Kajian Terbaik serta Anugerah Video Terbaik bagi keempat-empat kategori iaitu Kluster 1: Green Architecture, Technology and Urban Design, Kluster 2: Construction Management, Kluster 3: Facilities Management and Real Estate serta Kluster 4: Construction Planning, Landscape and Resilient Built Environment. Syabas dan tahniah kepada kesemua pemenang!