FSKM Mendominasi ‘AWS Build On Malaysia 2020’

Kumpulan pelajar Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) telah mendominasi AWS Build On Malaysia 2020 Empowering You Future. Build On Malaysia 2020 telah berlangsung secara atas tallan bermula daripada 5 Jun 2020 sehingga 17 September 2020. Sebanyak 21 kumpulan pelajar terdiri daripada gabungan program-program sains pengkomputeran telah turut serta pada tahun ini. Sebanyak 9 kumpulan iaitu Quantum MARA, KerabuMangga, TinggiTecc, Silverbyte, Adalace, The Veiled, ZeroOne, HalfByte dan LuckyNet telah mara ke peringkat Top 50. Pada 11 Sepetember, dua kumpulan iaitu TinggiTech dan Adalace telah terpilih sebagai Top 5 yang akan turut mewakili Malaysia ke peringkat Build On ASEAN.

Persembahan projek peringkat akhir telah berlangsung pada 17 September 2020. Kumpulan TinggiTecc telah memenangi tempat kedua (1st Runner Up) dan Kumpulan Adalace unggul di tempat ke 3 (2nd Runner Up). TinggiTecc turut membawa pulang Anugerah Best Presentation Award dan Viewers Choice Award telah dimenangi oleh Adalace.

Kumpulan TinggiTecc, yang dianggotai oleh Iman Irfan Hisshamuddin (CS255), Khairunuqman Zainal ’Abidin (CS259), Muaz Wazir (CS230) dan Faris Sufyan Suhaimi (CS259) yang dibimbing oleh Dr Fakariah Hani Hj Mohd Ali telah menghasilkan projek yang bertajuk ‘Cloud Native Fake News Detector with Deep Learning’. TinggiTecc telah menghasilkan inovasi bagi menyelesaikan masalah untuk membendung penularan berita palsu dan infodemik.

Kumpulan Adalace telah menghasilkan AdaLife, satu inovasi yang membantu golongan yang berpendapatan sederhana mendapatkan perkhidmatan kesihatan melalui konsep crowfunding dan circular economy. Kumpulan ini telah dianggotai oleh Nurin Miza Afiqah bt Andrie Dazlee (CS243), Nik Izyan Fatini Binti Musri @ Isa (CS243), Nabila Huda binti I’sa (CS251), Vellarie June Jeffrey Lungin (CS243) dan Nurul Husna Hanim A Rahman Hamim (CS243) telah dibimbing oleh Pn Siti Nur Kamaliah Kamarudin.

AWS Build On Empowering Your Future merupakan pertandingan yang diadakan setiap tahun yang menfokuskan kepada inovasi teknologi cloud computing yang diterajui oleh Amazon Web Services (AWS). Juara AWS Build On 2019 juga telah dimenangi oleh pasukan Quantum MARA daripada Fakulti Sains Komputer dan Matermatik. Penyertaan para pelajar di dalam pertandingan memberi impak yang positif di samping membudayakan inovasi teknologi di kalangan para pelajar.