Dare 2B Fit: Pendakian Trek 800 Cherok Tok Kun

Dengan berbekalkan semangat ingin mencuba aktiviti luar yang ekstrem, 31 staf UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam telah berjaya menamatkan pendakian Trek 800 Cherok Tok Kun, pada 15 September 2020 yang lepas. Laluan denai sejauh 7km ini dengan ketinggian 323m apl, pastinya memberikan cabaran tersendiri buat para peserta apabila perlu melepasi halangan trek tanjak bertali, memanjat dengan bantuan akar-akar pokok yang berselirat, menyusup di bawah batang-batang balak tumbang serta menuruni lereng yang curam.

Sungguhpun begitu, kelelahan yang dialami sedikit terubat apabila peserta tiba di beberapa lokasi tersembunyi yang menarik,  pokok terbesar di Pulau Pinang (Tualang Gergasi), empangan Mengkuang baharu, laluan jambatan lama zaman British, air terjun dan batu besar yang menyerupai kapal, boleh dikatakan sebagai “hidden gems” di Cherok Tok Kun ini.

Pendakian ini merupakan sebahagian daripada aktiviti kampus bagi program Dare 2B Fit 2.0 yang sedang berlangsung selama 3 bulan bermula bulan Ogos lepas.

0
0