Forward Thinking Assessment Webinar Series, Designing Rubrics for Thinking Process & Digital Skills

Siri webinar Forward Thinking Assessment diteruskan dengan kerjasama Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA) dan Collaborative Group Alternative Assessment & E-Portfolio pada hari Jumaat, 18 Jun 2021 dengan membawa tajuk Designing Rubrics. Dua siri webinar yang diadakan secara back-to-back telah menampilkan dua orang Pensyarah Muda iaitu, Puan Siti Nur Amalina Aznam, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Kampus Bukit Besi, UiTM Cawangan Terengganu dan Puan Nurzeatul Hamimah Abdul Hamid Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Shah Alam. Kedua – dua pensyarah ini mempunyai minat yang mendalam berkaitan Pentaksiran. Pengarah BPPA, Prof. Madya Ts. Dr. Syamsul Nor Azlan Mohamad sebagai moderator sesi webinar kali ini turut berkongsi pengalaman dan ilmu berkaitan Pentaksiran.

Kedua-dua siri webinar ini menyentuh berkaitan Pembinaan Rubrik bagi Learning Outcome Domain Thinking Process (Cognitive Skills) serta Digital Skills. Pemilihan tajuk dan perkongsian yang baik daripada kedua – dua pensyarah, sesi ini telah mendapat maklumbalas yang baik. Sesi webinar yang berlansung dengan menggunakan pendekatan berkomunikasi dua hala secara dalam talian memberi impak positif, di mana peserta yang terdiri daripada warga akademik menyuarakan rasa syukur di atas penganjuran yang membincangkan pelbagai kaedah untuk mengukur hasil pembelajaran pelajar.

Permulaan sesi pagi webinar membicarakan berkaitan Rubrik Cognitive Process dengan pengenalan kepada domain kognitif, kemudian disambung dengan Digital Skills di sesi petang. Gaya a la podcast yang disampaikan oleh moderator dan penceramah disambut baik oleh peserta. Gaya santai moderator dan kedua penceramah juga menambat hati peserta untuk terus mengikuti perkongsian meskipun tajuk yang dibicarakan agak berat. Peserta di YouTube juga telah memberikan diskusi yang baik melalui ruangan sembang yang disediakan di pelantar YouTube. Tugasan untuk berfikir di luar kotak dan di luar kebiasaan apabila berbicara tentang pengukuran aspek kognitif juga diberikan kepada peserta sebagai satu sesi perkongsian bersama peserta lain yang memberi keceriaan sepanjang sesi webinar berlangsung.

Sesi petang dimulakan dengan satu siaran video ringkas berkaitan norma baharu Working-From-Home yang memerlukan kebergantungan pada peralatan digital. Melalui siaran video tersebut, peserta webinar memberikan maklumbalas bahawa pada masa kini, kemahiran digital akan berterusan menjadi satu kemahiran penting yang akan menyumbang kepada kebersaingan pelajar. Perbincangan tentang pengukuran aspek digital pelajar yang tidak seharusnya dinilai melalui penggunaan ICT sahaja, juga menjadi satu topik yang menarik dikongsikan dalam sesi webinar. Ilmu serta perkongsian yang disampaikan telah memberi perspektif segar kepada warga akademik UiTM.

Webinar Designing Rubrics For The Thinking Process Dan Digital Skills ini telah ditonton secara langsung seramai 1,016 peserta dan ditonton secara ulangan seramai 3,547 sehingga 20 Jun 2021. Sesi webinar yang dihadiri oleh warga akademik seluruh sistem UiTM ini juga boleh ditonton bersama warga akademik Universiti tempatan di siaran YouTube BPPA. https://youtu.be/DvAJOBP_7Ds dan https://youtu.be/4oQoo4UIwhA

Kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi dari warga UiTM khususnya warga akademik terhadap kerjayaan sesi webinar kali ini memberi suntikan semangat untuk kami meneruskan Siri Webinar Forward Thinking Assessment pada masa akan datang dengan amalan baik Pentaksiran Psikomotor serta Student Portfolio For Graduate Employability pada bulan Julai 2021. Warga Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA) amat berterima kasih kepada seluruh sistem warga UiTM yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sesi webinar kali ini.