Program yang diberi judul “Forum Sahsiah Rupa Diri: Pakaian Menunjukkan Keperibadian Kita” telah dilaksanakan pada hari Isnin, 9 Mei 2022 bermula pada jam 9:00 malam sehingga jam 11:00 malam melalui platform Google Meet dan bersiaran secara langsung di laman Facebook rasmi Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine yang disampaikan oleh dua orang panel jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Badrul Isa, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor (UCS) dan Ustaz Muhammad Azlan Bin Md Aris, Pegawai Hal Ehwal Islam (Kanan) UiTM Kampus Puncak Perdana.
Program ini diadakan bagi menjelaskankan secara terperinci peraturan-peraturan dan sahsiah rupa diri sebagai pelajar UiTM. Selain itu, program sebegini juga telah berjaya memantapkan lagi tingkah laku dan menerapkan sifat mahmudah di dalam kalangan pelajar. Program ini juga mampu untuk memberi kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya disiplin dan etika berpakaian semasa berada di dalam kampus. Melalui penganjuran program sebegini, pastinya impak yang besar dapat diberi terutama kepada mahasiswa dan mahasiswi yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang.
Program ini sudah pasti amat membantu mahasiswa dan mahasiswi membentuk jati diri menjadi pemimpin yang bertanggungjawabMenurut ketua program iaitu Nur Azura Binti Marusin dan penasihat program iaitu Encik Ahmad Nazri Bin Mansor, para pelajar telah didedahkan berkenaan etika berpakaian ketika berada di dalam kolej dan fakulti melalui program ini serta dapat pengisian yang baharu tentang aspek sahsiah rupa diri sebagai seorang pelajar UiTM. Hubungan silaturahim mampu dikukuhkan melalui program ini iaitu di antara kedua-dua panel iaitu Profesor Madya Dr. Badrul Isa dan Ustaz Muhammad Azlan Bin Md Aris bersama-sama ahli JPK Jasmine, mahasiswa dan mahasiswi yang menetap di Kolej Jasmine serta memberi penekanan yang mendalam terutamanya berkaitan dengan etika kod pemakaian seseorang.