Fakulti Perakaunan UiTM Pahang dan Pentagon Math Al-Baghdadi merancang aktiviti bersama

BANDAR JENGKA, 9 Ogos 2023 – Satu sesi perbincangan hasil daripada MOU yang telah dimeterai pada 9 Jun 2023 telah diadakan bagi mengadakan kajian berkaitan keberkesanan terhadap produk Pentagon Math, mendapatkan geran penyelidikan dari rakan kongsi Pentagon Math dari negara Brunei Darussalam, menghasilkan penerbitan hasil daripada penyelidikan, mengadakan program perkongsian ilmu untuk pelajar dan ibu bapa berkaitan kepentingan matematik terhadap intelektual pelajar dan menyertai pertandingan IID.

Pentagon Math diwakili oleh En Addie Humaizie Abu Hassan (CEO), En Sulaiman Syah Ab Rahman (Pengurus Pemasaran) dan En Mohd Syafeeq Mohd Radzif (Pengurus Pentadbiran). Manakala Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang (FPN UiTMCPh) pula diwakili oleh Prof. Madya Dr Mohamad Azmi Nias Ahmad (KPP Perakaunan), Pn Lily Mazlifa Mustafa(Koordinator AC110), Pn Norlaila Md Din (Ketua Projek AOTB), Pn Junaidah Jamaluddin, Haji Azizi Hamizi Hashim dan Pn Syahida Md Zeni.

Kerjasama diadakan ini juga boleh mensinergikan produk-produk inovasi FPN UiTMCPh sedia ada dan menghasilkan produk-produk baharu di masa hadapan. Kepakaran yang ada di pihak Pentagon Maths dan FPN UiTMCPh akan dapat menghasilkan produk yang lebih mantap dan bermanfaat untuk pelajar-pelajar di semua peringkat.