18 MAJIKAN MEMERIAHKAN CAREER DAY OT 2023

PUNCAK ALAM, 9 Ogos 2023 – Pusat Pengajian Pemulihan Cara Kerja, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Kampus Puncak Alam telah mengambil inisiatif mengadakan OT (Occupational Therapy) Career Day 2023. Program yang diadakan untuk kali ke-2 ini dianjurkan berikutan permintaan tinggi daripada majikan terhadap graduan Sarjana Muda Pemulihan Carakerja sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebanyak 18 syarikat menyertai program ini dengan menawarkan sejumlah 105 kekosongan jawatan di pelbagai cawangan syarikat dan lokasi. Seramai 39 bakal graduan telah hadir untuk OT Career Day dan mengambil peluang mengenali syarikat dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Antara syarikat yang terlibat adalah Intergra Healthcare Technology Sdn. Bhd., Pusat Rehabilitasi PERKESO, Nuha Kids Care Centre, Mentari TLC, Dreamworld EIP & Therapy Centre, Axon Childrens’ Centre, Hatching Centre, Let’s Grow Early Intervention Centre, Excel Qhalif Sdn. Bhd., Tadika Nadi Intelek, Kizzu Kids Therapy Centre, Penawar Special Learning Centre, Spark Child Development Centre, SI Ori Therapy, Pacific Speech Therapy and Learning Centre, dan Regen Rehab Hospital.

Melalui program ini, syarikat yang terlibat mengadakan sesi temuduga secara bersemuka bersama bakal graduan yang berminat. Majikan dapat memilih calon pekerja baharu, serta dapat mempromosikan syarikat mereka kepada bakal graduan pemulihan carakerja akan datang. Program ini merupakan satu platform yang sangat bermanfaat untuk membantu pelajar melalui sendiri pengalaman mendapatkan pekerjaan dan mendalami peluang pekerjaan di tempat lain yang seorang pegawai pemulihan carakerja boleh berkhidmat selain daripada di hospital.

Rata-rata syarikat berpuas hati dengan sambutan daripada pelajar tahun akhir dan keseluruhan program ini dengan harapan program ini diadakan lagi setiap tahun. Memetik daripada komen sebuah syarikat “Good program and beneficial for both students and companies”. Penganjur berharap program ini dapat menyuntik semangat kepada bakal graduan pemulihan carakerja akan datang serta meperkukuhkan lagi hubungan pusat pengajian dengan industri.