DHAKA, Bangladesh – Seramai lapan (8) orang wakil dari Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak telah terlibat dalam program ‘Dhaka International Conference on Fine Art (DICOFA)’ yang telah berlangsung di Osman Jamal Auditorium, Universiti Dhaka pada 5 November 2023. Diantara peserta Malaysia yang telah dijemput sebagai penceramah utama (keynote speaker) adalah Prof. Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim, Prof. Madya Ts. Dr. Norhayati Baharun, Prof. Madya Dr. Muhammad Abdul Aziz Ab Gani, Sr Dr. lrwan Mohammad Ali, Dr. Aznan Omar, Dr. Mohd Khairulnizam Ramlie, Muh Sarip bin Abd Rahman, Ashraf bin Abdul Rahaman. Manakala wakil dari Bangladesh adalah Dr. Sima Islam, Dr. Sidhartha Dey, dan Mohammad Ferdous Khan Shawon.
Sesi perkongsian dan perbentangan adalah tertumpu kepada penyelidikan-penyelidikan yang telah dijalankan dalam bidang seni seperti kajian dalam seni halus, grafik, percetakan, penjenamaan, penggunaan teknologi dalam system Pendidikan dan sebagainya. Objektif utama sesi perkongsian ilmu ini adalah untuk bertukar maklumat dan memberi pendedahan kepada pelajar serta tenaga pengajar mengenai pentingnya penggunaan alat teknologi dalam Pendidikan disamping membantu dalam kehidupan masyarakat seharian. Selain itu, melalui sesi perkongsian dan perbincangan ini juga, para Pendidikan dan penyelidik dapat bertukar pandangan dari segi cara kerja, pengalaman menghasilkan karya seni dan kebolehpasaran pelajar berbeza negara. Banyak perkara baharu yang dapat diperolehi melalui pengalaman dan budaya kerja yang pelbagai.
Majlis persidangan ini juga dapat membuka minda dan mata setiap hadirin terhadap apa yang berlaku di dua negara dan berkongsi pengalaman dan kaedah-kaedah terbaik yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah yang mungkin dihadapi dalam sebuah institusi pendidikan.