Coral Propagation Bersama Sukarelawan Melati Troopers

PULAU SONGSONG,KEDAH – 21 & 22 Mei 2022, Jawatankuasa Perwakilan Kolej Melati sesi 2022/2023 UiTM Shah Alam telah berjaya menjalankan Program Coral Propagation di Pulau Songsong,Yan Kedah selama 2 hari, 1 malam  dengan kerjasama Persatuan Rekreasi Luar Daerah Yan (REKEY).

Program ini merupakann usaha Exco Tugas Khas dan Kesukarelawanan, Cik Hawa Nadia Wahab bersama Penasihat Program Encik Shahar Ismail yang menjayakan Program Coral Propagation untuk memberi kesedaran kepada Srikandi Melati agar menjaga kehidupan laut bagi mengelakkan kepupusan yang berterusan.

Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada 13 orang Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan 27 orang Melati Troppers dibawah seliaan Exco Tugas  Khas dan Kesukarelawanan telah menyertai Program Coral Propagation ini. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menanam terumbu karang secara semulajadi  diwujudkan selari dengan Sustainable Development Goals yang ke-14 iatiu “Life Below Water” bagi melindungi hidupan laut yang semakin hari, semakin terancam. Di samping itu, program ini sekaligus dapat menambahkan pengetahuan am kepada Srikandi Melati serta secara tidak langsung melahirkan Srikandi Melati yang berintelektual tinggi.

Jurulatih Encik Amir berkata objektif utama dalam menjalankan aktiviti menanam terumbu karang ini adalah untuk menghidupkan semula ekosistem hidupan laut yang lebih berdekatan dengan persisiran pantai di Pulau Songsong. Selain itu, terumbu karang yang ditanam semula ibarat dinding laut bagi menghalang ombak yang besar berlaku.

Pengarah Program, Cik Hawa Nadia berkata “Program Coral Propgataion, ini telah memberi impak dan maklum balas yang positif daripada para peserta. Justeru, program sebegini sangat penting kepada mahasiswa bagi memberi pendedahan awal tentang betapa pentingnya mempelihara ekosistem negara. Lanjutan itu, beliau berharap program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang sebagai wahana bagi Srikandi Melati untuk mendapatkan nilai tambah dalam diri mereka”.