Pada tarikh 9 Januari 2023, telah berlangsung program Coaching Champions: SEA Games 2017 Rugby 7s Gold Medal yang bertempat di Dewan Auditorium Al-Biruni 2, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka. Program tersebut dianjurkan oleh Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi di bawah keperluan kursus ‘Applied Sport Coaching’ (SPS655) yang disertai seramai 37 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan bahagian 6. Panel jemputan program adalah terdiri daripada En. Mohd Saizul Hafifi Md Noor yang merupakan bekas ketua jurulatih pasukan ragbi 7s kebangsaan, dan En Mohd Hafizuddin Baki iaitu bekas jurulatih suaian fizikal ragbi 7s kebangsaan di mana mereka berdua ini dijemput atas dasar mempunyai kepakaran yang tinggi di dalam konteks kejurulatihan sukan ragbi negara serta berjaya memenangi pingat emas ragbi 7 sebelah di temasya Sukan SEA 2017 yang lepas. Program ini juga diiringi oleh pensyarah kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi iaitu En Mohd Zulkhairi Bin Mohd Azam selaku penasihat program.
Program yang dijalankan dengan dua sesi iatu sesi pagi untuk syarahan dan perkongsian, manakala sesi petang pula adalah sesi praktikal kejurulatihan di atas padang. Melalui pelaksanaan program tersebut, para pelajar dapat menglihat pengalaman kedua-dua bekas jurulatih tersebut di dalam menguruskan pasukan ragbi 7s sehingga berjaya memenangi pingat emas Sukan SEA pada tahun 2017 yang berlangsung di tanah air kita. Di antara perkongsian-perkongsian tersebut adalah tips dan ilmu untuk tentang cara mengendalikan latihan yang efektif, pemantauan prestasi atlit serta cara untuk mengatasi masalah prestasi di kalangan atlet ragbi 7s. Selain daripada itu, pelajar juga didedahkan dengan cara bagaimana sesuatu latihan itu dapat dijalankan baik serta kaedah untuk memastikan atlit dapat memahami dan menguasai hasil daripada latihan itu sendiri.
Program seperti ini dapat memberi pelbagai manfaat kepada para pelajar kerana mereka bukan sahaja mendengar dalam bentuk teori tetapi mereka dapat mengaplikasikan apa yang mereka dengar dan belajar semasa belajar di dewan, para pelajar juga dapat mempelajari teknik yang lebih efektif untuk dopraktikkan kepada atlet yang beprestij tinggi. Ilmu yang dicurahkan pada sesi pagi dan petang juga boleh diaplikasikan dalam sukan yang lain kerana walaupun teknik berbeza tapi konsepnya masih sama walaupun sukan yang berbeza. Pelajar juga dapat menambah keyakinan diri masing-masing di dalam mempelajari selok belok kejurulatihan. Akhir kata, para pelajar berharap dapat melakukan program seperti ini lagi kerana cara ini dapat meningkatkan