Ceramah Adab dalam Dunia Pendidikan Sebagai Pendidik

Pada 29 Julai 2022, sebuah program perkongsian kerohanian yang melibatkan semua warga Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Pahang telah diadakan, dengan usahasama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Cawangan Pahang. Dengan mengetengahkan topik ‘Adab Dalam Dunia Pendidikan (Sebagai Pendidik)’, objektif utama program ini adalah untuk memperkasakan pekerti serta tertib dalam kalangan pensyarah bagi menjamin keberkatan dan keberkesanan mereka dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk berkongsi panduan serta tip berguna untuk menjadi pendidik yang berpekerti mulia, selaras dengan tuntutan agama. Seramai 43 warga APB telah menyertai dan mendapat manfaat daripada perkongsian ilmiah secara atas talian ini. Semoga penganjuran program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan dan memberikan faedah dan kebaikan kepada semua para pendidik terutamanya di UiTM Cawangan Pahang.