Business Society Sesi 2022/2023 Dekati Warga Emas

Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) UiTM Cawangan Pahang bersama Business Society sesi 2022/2023 telah menjalankan Program Lawatan ke Pusat Warga Emas Islam Raub (PERWEIRA) bermula jam 7.30 pagi sehingga 12 tengahari pada 18 Disember 2023. Program ini melibatkan 40 orang mahasiswa dan diiringi oleh dua oaring dua orang pensyarah. Program ini bertujuan untuk membolehkan pelajar FPP dan Business Society untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam konteks sosial dan dapat memberikan manfaat kepada warga emas sekitar Raub. Melalui lawatan ini juga dapat mengembangkan kemahiran sosial yang diperlukan dalam kerjaya perniagaan seperti kaedah berkomunikasi dan empati sambil menghargai sumbangan warga emas terhadap masyarakat dan mewujudkan hubungan yang baik antara dua generasi yang berbeza. Selain itu, program ini dilaksanakan untuk mengajar mahasiswa tentang kepentingan sifat tolong-menolong dan menghargai kedua ibu dan bapa.

Pihak Business Society telah disambut baik oleh pihak pengurusan pusat warga emas. Terdapat sekitar 13 orang penghuni yang bermastautin secara tetap. Semua warga emas diselia dan dijaga rapi oleh satu badan anggota yang diketuai oleh sukarelawan setempat. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program lawatan ini adalah aktiviti makan bersama penghuni pusat jagaan, gotong-royong serta menyantuni semua warga emas di rumah mereka masing-masing. Mahasiswa telah bertungkus lumus untuk membersihkan kawasan sekitar pusat jagaan seperti membersihkan longkang, mengemas surau, menyapu sampah, memotong rumput serta mencuci lantai. Pihak Business Society telah melalukan kutipan amal secara online dan fizikal di kampus Raub daripada kalangan pensyarah dan juga mahasiswa. Kutipan adalah sangat memberansangkan dan telah disalurkan dalam bentuk keperluan seperti beras, minyak, tepung, gula dan air mineral bagi menampung keperluan harian penghuni pusat.

Program ini telah banyak memberi manfaat serta menerapkan nilai murni antara generasi dan dapat membina integrasi sosial dalam kalangan komuniti setempat secara holistik. Semoga usaha ini memberi manfaat kepada Business Society dan Pusat Warga Emas Islam Raub secara keseluruhan. Pihak FPP dan Business Society akan terus komited menyantuni masyarakat dengan program-program kemasyarakatan seperti ini pada masa akan datang.