Program “BUNKA-TEKINA HANASHI: KEBUDAYAAN PHYTAS 2021” yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Fisioterapi Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam telah berlangsung pada 19 Jun 2021 di aplikasi Google Meet. Program turut dihadiri Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Kesihatan Kampus Bertam, Dr. Wan Ismahanisa Ismail dan dirasmikan oleh penasihat program En. Muhammad Iqbal Bin Shaharudin.
Program kebudayaan ini dianjurkan bertujuan membuka minda mahasiswa mengenai kepelbagaian budaya di Malaysia dan menghayati adat resam kaum Melayu dengan lebih mendalam. Penceramah program, En. Abdul Jalil Husain banyak berkongsi mengenai adat resam melayu. Selain itu, perkongsian mengenai pengalaman peribadi penceramah sewaktu berkahwin sehingga ke tahap beliau menerima menantu amat menarik sekali. Selain itu, selingan video proses perkahwinan seperti membeli dan menjual pantun amat mencuit hati para peserta.
Tahniah diucapakan kepada ketua program saudari Khadijah Safiyyah dan ahli jawatankuasa atas komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung. Diharapkan program kebudayaan seperti ini dapat meningkatkan lagi penghayatan generasi muda mengenai pentingnya melestarikan adat resam dalam kehidupan harian.