Buletin Citra Unit Pengurusan Kolej Edisi Ke-5, UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan Edisi Januari-Jun 2023

18 Julai 2023 – Buletin Citra UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan (KSBSTI) edisi Jun– Julai 2023 telah berjaya disiapkan dan diterbitkan. Ianya adalah salah satu dokumentasi maklumat dan sumber rujukan kepada semua warga kolej UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan. Buletin Citra ini merupakan salah satu medium bagi semua pelajar di kampus untuk mencoret maklumat dan aktiviti sepanjang berada di kampus dan kolej. Selain itu, rakaman dalam penerbitan buletin ini memberikan gambaran dan bukti komitmen berterusan UiTM dalam melahirkan mahasiswa holistik selaras dengan agenda nasional membabitkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Antara coretan yang terdapat di dalam Buletin Citra UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan (KSBSTI) adalah coretan kejayaan yang diterima oleh warga UiTM KSBSTI, program dan aktiviti yang telah berjaya dianjurkan dan pelbagai lakaran kenangan manis diceritakan di dalam buletin ini. Semoga penerbitan buletin ini dapat meningkatkan lagi komitmen dan dedikasi warga UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan (KSBSTI) untuk meningkatkan mutu penyampaian dan kualiti perkhidmatan kepada warga kampus dan pelajar sekaligus mencapai matlamat menjadikan UiTM sebagai universiti cemerlang dan unggul.

Galeri Gambar: