7 Mac 2020 – Penang Nursing Student Association (PeNSA) di amanahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dalam menganjur aktiviti bercorak sukan bagi tujuan merapatkan lagi ukhuwah di kalangan pelajar dari semua program di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam. Anna Hikoilla yang membawa maksud ‘Let’s Get Sweat‘ atau ‘Mari Berpeluh’ di ambil dari bahasa Finnish, Finland di pilih sebagai cogan kata aktiviti kali ini.
Pelbagai acara dipertandingkan antaranya 4×100 meter (Lelaki dan Perempuan), Sukaneka, Tuju Tin, Bola Jaring Perempuan, Futsal Lelaki dan Aerodance. Lima program terlibat dalam acara yang dipertandingkan. Antara Program yang terlibat adalah Program Kejururawatan (penganjur aktiviti), Program Fisioterapi, Program Teknologi Makmal Perubatan, Program Pemulihan Cara Kerja dan Program Farmasi. Program Kesihatan Persekitaran tidak dapat turut serta disebabkan terikat dengan aktiviti di luar kawasan.
Antara pemenang adalah seperti berikut:
- 4×100 meter Lelaki: Johan Program Farmasi, Naib Johan Program Fisioterapi
- 4×100 meter Perempuan: Johan Kejururawatan, Naib Johan Program Farmasi
- Sukaneka: Johan Program Teknologi Makmal Perubatan, Naib Johan Program Fisioterapi
- Tuju Tin: Johan Program Teknologi Makmal Perubatan, Naib Johan Program Kejururawatan
- Futsal Lelaki: Johan Program Farmasi, Naib Johan Program Kejururawatan
- Aerodance: Johan Program Farmasi & Program Pemulihan Cara Kerja, Naib Johan Program Teknologi Makmal Perubatan& Program Fisioterapi.
Kehadiran Ketua Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Encik Amir Heberd Abdullah turut memeriahkan suasana pertandingan. Turut hadir Penasihat PeNSA, Encik Muhammad Amin Ahmad Zaki dan Puan Nor Azlina Zakaria, staf UiTMCPP Kampus Bertam Puan Siti Munirah Abd Wahab, Puan Suhaila Mohd Noor (pengadil bola jaring) dan juga Encik Muhammad Syahir Che Umar (pengadil futsal).
PeNSA mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bahagian Hal EhwalPelajar (HEP) UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam dalam memberi peruntukan kewangan bagi program ini. Ukhuwah yang kukuh pencetus suasana harmoni dan pembelajaran yang ceria.
Oleh: Muhammad Amin Bin Ahmad Zaki, PenasihatPeNSA
Foto berkaitan: