Pencarian Atlet Melalui Intrasport 1.0

Pencarian Atlet Melalui Intrasport 1.0
Peserta Intrasport 1.0 bergambar beramai-ramai selepas setiap sukan yang dipertandingkan tamat

PUNCAK ALAM, 7 MAC 2020 – Persatuan Pelajar Pemakanan dan Dietetik (NADA), Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah mengadakan program bersama para pelajar NADA, Intrasport 1.0 di Padang Kawad UiTM Puncak Alam, Selangor.

Program Intrasport ini diadakan buat julung kalinya dan mendapat sambutan serta sokongan yang memberangsangkan daripada para pelajar NADA tahun pertama hingga tahun ketiga dengan jumlah keseluruhannya lebih daripada 100 pelajar.

Pengarah program, Asnawi Othman menjelaskan bahawa tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mencari atlet untuk mewakili persatuan pada kejohanan Festival Mega-Sport of Health Sciences (FEMO’S) 2020 dan mencungkil bakat pelajar-pelajar NADA dalam aktiviti kesukanan. Selain itu, ia juga diadakan untuk menerapkan budaya sukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar NADA.

Pelbagai sukan telah dipertandingkan dalam program ini untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Antara sukan yang dipertandingkan adalah sukan dalaman seperti badminton dan pingpong, serta sukan gelanggang seperti bola keranjang, bola jaring, bola baling dan futsal.

Pencarian Atlet Melalui Intrasport 1.0
Perlawanan futsal
Pencarian Atlet Melalui Intrasport 1.0
Perlawanan bola jaring
Pencarian Atlet Melalui Intrasport 1.0
Perlawanan bola keranjang