Bengkel Tajwid Ramadan 2023

PUCAK ALAM, 5 Mei 2023 – Persatuan Pelajar Fisioterapi (PHYTAS), UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah mengadakan Program Tajwid Ramadan 2023 pada 15 April 2023 yang lalu. Pengarah gram tersebut adalah Muhammad Shahril Izzat bin Shahruddin. Program ini juga merupakan program pertama yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Fisioterapi (PHYTAS) pada tahun ini.

Program Tajwid Ramadan 2023 dijalankan selama satu (1) hari secara atas talian melalui Google Meet. Program ini telah berjaya menarik perhatian seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Sains Kesihatan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada penceramah jemputan iaitu Ustaz Muhammad Zaki bin Mustapa yang merupakan Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Islam di UiTM Puncak Alam. Beliau telah memberikan ceramah yang sangat bermakna berkaitan dengan asas hukum tajwid dan cara menyebut huruf dengan betul. Selain itu, beliau juga telah membuka minda peserta dengan menceritakan sejarah penurunan al-Quran di awal ceramah.

Program Tajwid Ramadan 2023 juga bertujuan untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi perkembangan rohani, mental dan fizikal. Kami berharap program ini dapat menambah keyakinan para peserta dalam pembacaan al-Quran yang betul serta menambah amal ibadah di dalam bulan Ramadan. Selain itu, program ini juga dapat melahirkan warga UiTM yang komited untuk mendekatkan diri dengan al-Quran.Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Tajwid Ramadan 2023. Terima kasih di atas kerjasama ahli jawatankuasa yang turut membantu menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada mahasiswa dan mahasiswi yang turut menyertai program ini.

Diharapkan agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan menjadi titik permulaan untuk memperkukuhkan lagi kecintaan kita kepada al-Quran. Program sebegini dijangka mampu memberi manfaat kepada semua pihak khususnya mahasiswa dalam mencipta kecemerlangan bukan shaja di alam universiti malah berguna di masa akan datang. Semoga para peserta mendapat pelbagai input yang berguna melalui pengisian dalam program ini.