Bengkel Pengurusan Media Sosial

SHAH ALAM, 14 Jun 2023 – Pada 8 Jun yang lalu, Unit Komunikasi dan Pengembangan Ilmu dari Institusi Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Media Sosial bagi warga UiTM secara atas talian. Objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pengurusan media sosial dalam usaha mempromosikan keterlihatan UiTM.

Penceramah yang dijemput khas adalah Puan Aimie Masniza Ahmad Pardas, Editor Digital Kanan Harian Metro yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang penerbitan.

Sepanjang berlangsungnya bengkel selama 8 jam ini, beliau telah memberi penerangan yang padat dan kemas seperti cara yang betul menggunakan platform media sosial yang mempunyai penggunaan yang tinggi dalam kalangan kumpulan pelajar atau orang awam serta tips -tips mengendali dan mencipta kandungan sosial media dengan lebih efisyen. Penganjur juga turut menerima maklum balas yang amat memberangsangkan dari para peserta yang terdiri dari 135 orang.

Semoga hasil daripada bengkel ini dapat membantu warga UiTM dalam menguruskan platform media sosial dengan lebih berkesan pada masa akan datang.