24 Ogos 2023 – Bengkel Pemurnian Proses Kerja Pejabat Penolong Rektor Tahun 2023 telah diadakan pada 20 hingg 22 Ogos 2023 (Ahad hingga Selasa) di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) Perak. Tujuan Bengkel ini dijalankan adalah untuk memantapkan kefahaman dan pengetahuan pihak pengurusan kampus dengan lebih jelas terhadap proses kerja tugas masing-masing serta membantu meningkatkan mutu kerja menjadi lebih baik di mana pemurniaan ini telah menjadikan proses kerja di setiap PTJ lebih tepat dan jelas.
Penceramah jemputan bagi bengkel ini adalah Encik Darus Kasim yang telah berkongsi ilmu berkaitan Kecemerlangan Operasi (OE). Kepentingan Kecemerlangan Operasi (OE) amatlah penting dalam tugasan kerja harian. Kecemerlangan Operasi (OE) juga merupakan inisiatif yang diperkenalkan dengan tujuan memastikan mutu penyampaian perkhidmatan di UiTM berada pada tahap cemerlang dan berupaya memenuhi keperluan pelanggan. Setiap pemilik proses kerja bertanggungjawab membuat penambahbaikan dari masa ke semasa. Hasilnya, pembaziran dan birokrasi dapat dikurangkan. Selain itu, keseragaman proses-proses utama melibatkan PTJ berbeza juga dapat dilihat dan dimurnikan.
Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman Penolong Rektor UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan. Beliau juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah meluangkan masa dan hadir selama 3 hari 2 malam bagi menjayakan bengkel ini. Segala komitmen yang telah diberikan terhadap permurniaan proses kerja ini diharap dapat meningkatkan tadbir urus yang lebih baik dan cemerlang di masa akan datang.