Bengkel Pemurnian Myporfolio Anjuran Unit Pengurusan Kolej UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang danTeluk Intan

9 Februari 2023 – Bengkel Pemurnian MyPorfolio anjuran Unit Pengurusan Kolej UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan telah diadakan pada 7 hingga 9 Februari 2023 bertempat di Makmal Komputer 2, Fakulti Perubatan. Penceramah bagi bengkel ini adalah Puan Nurul Nadzirah binti Ismail, Penolong Pendaftar, Unit Pengurusan Kolej.

Tujuan Bengkel Pemurnian MyPortfolio ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan warga UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan dengan lebih jelas terhadap JD tugas masing-masing serta membantu memurnikan MyPortfolio.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, MyPortfolio adalah dokumen rujukan rasmi yang mengandungi maklumat-maklumat penting berkaitan organisasi serta penjelasan mengenai deskripsi tugas, fungsi, aktiviti, prosedur,punca kuasa dan proses kerja yang dijadikan panduan dalam menjalankan tugas bagi sesuatu jawatan.

Dengan demikian, bengkel dan taklimat yang diadakan ini sedikit sebanyak telah dapat menjelaskan cara penyediaan JD-MyPortfolio dengan lebih tepat dan jelas.