BENGKEL PEMURNIAN DOKUMEN AUDIT PEMATUHAN SIRI 1

Hasil dapatan Audit Pematuhan Swaakreditasi yang dijalankan pada 24 Julai 2023 telah mengutarakan isu program yang telah sampai tempoh matang untuk dijalankan Audit Pematuhan. Rentetan itu, Unit Jaminan Kualiti Akademik (AQA), Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah berinisiatif mengadakan beberapa siri Bengkel Pemurnian Dokumen Audit Pematuhan bagi membantu dan memberi panduan kepada pihak Kolej Pengajian/Fakulti dalam memurnikan dan melengkapkan dokumen audit pematuhan supaya mematuhi standard program dan peraturan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Bengkel Pemurnian Dokumen Audit Pematuhan Siri 1 telah diadakan pada 12 – 13 September 2023 di Hotel UiTM Shah Alam. Seramai 40 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut yang melibatkan lapan (8) Kolej Pengajian/Fakulti. Antara Kolej Pengajian/Fakulti yang terlibat di dalam Bengkel Pemurnian Dokumen Audit Pematuhan Siri 1 tersebut adalah Kolej Pengajian Alam Bina, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Fakulti Undang-undang, Fakulti Pendidikan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, serta Arshad Ayub Business School.