Bengkel Kerja Pemantapan Kertas 2 Seni Visual STPM (Zon Selatan) bersama Jabatan Art Trivium, KPSK UiTM Perak

TAPAH, 2 Ogos 2023 – Bengkel Kerja Pemantapan Kertas 2 Seni Visual (970/2) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 (Zon Selatan) telah diadakan bertempat di Kolej Tingkatan Enam, Tapah, Perak atau nama ringkasnya KTET. Program ini di anjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama dari Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak di undang sebagai pakar rujuk dan penceramah jemputan. Program ini telah berlangsung bermula jam 8.00am hingga 5.00pm dengan pelbagai pengisian seperti berkongsi maklumat pembelajaran khusus pendidikan seni serta teknik-teknik menghasilkan lukisan yang bermutu sebagai persediaan pelajar-pelajar sekolah Zon Selatan meghadapi peperiksaan akhir STPM. Program ini bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar sekolah terpilih mengenai teori pendidikan seni visual serta teknik-teknik lukisan yang baik bermula dari asas lukisan.

Bagi program Bengkel Kerja Pemantapan Kertas 2 Seni Visual (970/2) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 fasa 2, sekolah-sekolah yang terlibat adalah sekolah-sekolah yang berada dalam kawasan Zon Selatan bagi Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang telah melibatkan seramai 250 orang pelajar STPM.

Dalam program ini, seramai 13 orang pensyarah Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar dari Jabatan Art Trivium telah terlibat iaitu En. Muhammad Abdullah selaku ketua program, Puan Rozarina Johari, Dr. Khayril Anwar Khairudin, En. Zainon Abdullah, En. Muh Sarip Abd Rahman, Dr. Siti Ermi Syahira Abdul Jamil, En. Ahmad Zahir Mat Zin, Puan Nurul Shima Taharuddin, En. Mohamad Hafiz Yahaya, Puan Siti Hajar Maizan, En. Nizar Nazrin, Puan Gladys Tagie, En. Hazrul Mazran Rusli.

Program ini diharapkan berterusan pada masa-masa akan datang dan jalinan kerjasama akademik antara Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak dengan Jabatan Pendidikan Negeri Perak dapat dieratkan dengan pelbagai program yang dapat meningkatkan kemahiran para pelajar STPM mahupun SPM di negeri perak.

Laporan disediakan oleh Rozarina Johari, Pensyarah Kanan, Jabatan Art Trivium KPSK UiTM Perak, pengarang bersama Muhammad Abdullah, Pensyarah, Jabatan Art Trivium KPSK UiTM Perak.