Aspirasi negara dalam menyemarakkan budaya ‘Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM), Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) digubal antaranya dengan hasrat memperkukuh STEM dan melahirkan modal insan bagi menyokong teras Misi Nasional dalam meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Sejajar dengan itu, Fakulti Sains Gunaan (FSG) UiTM Cawangan Sabah bertanggungjawab dalam membantu dalam merancang, membangun dan memanfaatkan Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjana ilmu ilmu ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi yang kompetitif, mapan dan terangkum. Sehubungan dengan itu, FSG UiTM Cawangan Sabah telah melaksanakan Bengkel Hala Tuju (2023 – 2025) yang berlangsung pada 15 hingga 16 Mac 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat KOMSAT, UiTM Cawangan Sabah.
Bengkel ini merupakan medium pihak Fakulti dalam merancang dan membangun hala tuju selaras dengan perancangan strategik UiTM Cawangan Sabah, KPI Akademik Universiti, Objektif Kualiti UiTM Cawangan Sabah dan melihat kehendak industri. Bengkel ini dijalankan dengan matlamat untuk membincangkan secara terperinci dan terangkum dalam pembangunan FSG UiTM Cawangan Sabah. Bengkel ini dibahagikan kepada tiga tema utama iaitu Pembangunan dan Keterlihatan FSG, Enrolmen dan Pembangunan Pelajar, dan Pengajaran dan Pembelajaran.
Pelan tindakan hala tuju ini akan memudahkan ahli fakulti menyumbang mengikut kepakaran masing-masing melalui penyelidikan, perundingan, penerbitan, pembangunan pelajar, enrolmen pelajar dan pengajaran dan pembelajaran.