Bengkel “CHM271 With Mentors 4.0” Memperkasakan Ilmu Fizikal Kimia Menggunakan Pendekatan Teknik Mentor-Mentee

TAPAH, 8 Julai 2023 – Minggu lalu telah berlangsungnya Bengkel “CHM271 WITH MENTORS 4.0” yang diadakan pada 8 Julai 2023 di Dewan Kuliah 150A dan 200A di UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah. Bengkel ini diadakan khusus untuk pelajar-pelajar yang mengambil subjek CHM271 untuk semester Mac-Ogos 2023.

Program ini melibatkan penyertaan hampir 200 orang pelajar, 6 orang mentor dan 11 orang pensyarah. Bengkel ini dirasmian oleh Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sain Gunaan UiTM Tapah, Dr Fathiah Abdullah. Bengkel ini diadakan bagi membantu pelajar-pelajar dalam mengusai Teknik menjawab soalan berkaitan CHM271 dan juga memberi kefahaman yang lebih mendalam berkaitan tajuk-tajuk tertentu dalam subjek ini.

Penglibatan mentor adalah bagi memudahkan lagi pemahaman pelajar dalam menguasai subjek CHM271 disebabkan komunikasi antara pelajar-pelajar adalah antara faktor terbaik dalam perbincangan dan pemahaman sesuatu perkara. Pelajar-pelajar juga menjawab soalan-soalan yang disediakan dan membincangkan sesuatu permasalah secara terbuka. Diharapkan agar bengkel ini dapat memperkukuhkan pemahaman pelajar dalam mengusai subjek CHM271 dan memberikan impak yang tinggi dalam keputusan peperiksaan yang akan diambil nanti.

Galeri Gambar: