AUDIT PENSIJILAN SEMULA ISO 9001:2015

 

18 & 19 Mac 2024 | Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA) telah berjaya memperoleh Pensijilan Semula ISO 9001:2015 daripada pihak SIRIM QAS International Sdn Bhd bagi tempoh tiga (3) tahun lagi selepas tiada sebarang ketakakuran (NCR) direkodkan. Audit ini diketuai oleh Puan Nursheirie Sheiriena binti Mohammad Za’im dan dibantu oleh Puan Maznah binti Mat Isa

Hasil semakan audit mendapati Sistem Pengurusan Kualiti BPPA telah dilaksanakan, diselenggara dan dipantau dengan baik serta mematuhi keperluan standard ISO 9001:2015. Pihak pengurusan dan warga kerja juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi memastikan sistem pengurusan kualiti dilaksanakan dengan berkesan. Dengan sistem pengurusan yang cekap dan tangkas, ianya memberikan pengalaman terbaik kepada pemegang taruh.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga BPPA kerana telah berjaya mengekalkan pensijilan ISO 9001:2015. Semoga kejayaan ini dapat dijadikan sebagai pendorong dan semangat untuk terus komited selain mengekalkan budaya kerja berpasukan agar lebih banyak kejayaan yang membanggakan dapat dicapai pada masa akan datang.