AUDIT KUALITI DALAMAN TAHUN 2023 BAHAGIAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN AKADEMIK (BPPA)

Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA) telah mengadakan Audit Kualiti Dalaman pada 17 & 18 Januari dan 19 Februari 2024. Audit tersebut diketuai oleh Puan Rizadora binti Muhamad Arsad, Ketua Timbalan Pendaftar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bersama YBhg Datin Hajah Noor Asyikin Mohd Noor, Timbalan Pendaftar Kanan, Kolej Pengajian Alam Bina dan Encik Mohd Yazed Abd Razak, Timbalan Pendaftar Kanan, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Hasil daripada rumusan yang dibentangkan, tiada sebarang ketakakuran dilaporkan namun BPPA telah menerima beberapa syor penambahbaikan bagi memantapkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti sedia ada.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga BPPA kerana telah memberikan komitmen secara berterusan dan terus komited di dalam menambahbaik proses dan Sistem Pengurusan Kualiti jabatan agar sentiasa memenuhi piawaian ISO 9001:2015.