Apakah Kita Faham Erti Kemerdekaan?

Erti Kemerdekaan

Ogos, tiga puluh satu, tahun demi tahun
Merdeka, merdeka, merdeka kita laungkan
Jalur Gemilang bebas kita kibarkan
Apakah kita faham erti kemerdekaan?

Kita bertekad, kita bersatu, kita berjuang
Demi kemerdekaan negara, kebebasan semua
Kita mencorak, kita melakar masa depan bersama
Apakah kita faham erti kemerdekaan?

Kemerdekaan dari belenggu penjajah nyata
Kebebasan dari penguasaan penjajah minda
Demi mengejar dan mencapai impian negara
Apakah kita faham erti kemerdekaan?

Kemerdekaan dari perpecahan kaum
Kebebasan hidup bermasyarakat majmuk
Tanpa perbalahan dan syak wasangka
Apakah kita faham erti kemerdekaan?

Kemerdekaan perlu dipertahankan
Kebebasan perlu diperjuangkan
Bukan demi diri sendiri, namun demi negara
Apakah kita faham erti kemerdekaan?

Kemerdekaan untuk berdiri di seluruh dunia
Kebebasan mencari dan mengejar ilmu baru
Demi membangunkan warga dan negara
Apakah kita faham erti kemerdekaan?

Kemerdekaan bukan sekadar laungan
Kebebasan bukan sekadar kibaran bendera
Tetapi mengejar minda dan menyumbang tenaga
Untuk hidup bersama dalam negara tercinta.

Apakah kita faham erti kemerdekaan?

Selamat Hari Kebangsaan ke 66

Tan PL, 31 Ogos 2023