Annual General Meeting (AGM) OTSA 2021

Occupational Therapy Students’ Association (OTSA) Sesi 2020/2021 UiTM Cawangan Selangor Puncak Alam telah menjayakan sebuah program dalam talian iaitu “Annual General Meeting (AGM) OTSA 2021” yang diadakan pada 12 Disember 2021. Program yang julung kali diadakan ini adalah program tahunan rasmi OTSA yang dijalankan untuk membuka ruang kepada pelajar-pelajar terutamanya pelajar semester 1, untuk melibatkan diri serta belajar tentang pengurusan organisasi persatuan dalaman.

Hal ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari dan mendalami ilmu kepimipinan sekaligus memupuk semangat bekerjasama antara pelajar dengan individu yang lain. Selain itu, program AGM OTSA 2021 diadakan bagi tujuan untuk menyerahkan jawatan dan memperkenalkan jawatankuasa baru Occupational Therapy Students’ Association (OTSA) bagi sesi 2021/2022. Di samping itu, program ini merupakan platform yang membentangkan keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan serta belanjawan OTSA sepanjang sesi 2020/2021, kepada pelajar-pelajar serta staf-staf pemulihan carakerja.

Program yang dijalankan di platform Microsoft Teams ini bermula pada jam 9:45 pagi dan berakhir pada jam 11:00 pagi. Program AGM OTSA 2021 dihadiri oleh pelajar-pelajar pemulihan carakerja seramai 116 orang, para pensyarah dan staf pemulihan carakerja, dan tiga orang tetamu kehormat iaitu Dr Padma A Rahman; Ketua Pusat Pengajian Pemulihan Carakerja,  Dr. Mohammad Ghazali Masuri dan Pn. Nur Wirdani Bt. Rabiun @Ahmad Rabion; Penasihat 1 dan 2 Occupational Therapy Students’ Association (OTSA) sesi 2020/2021.

Majlis dimulakan oleh dua orang pengerusi majlis, Hanis Farhanah Binti Azlan dan Nurelya Soleha binti Mohd Tarmizi, dengan  nyanyian lagu Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM, diikuti dengan bacaan doa oleh Hazman Hakimi Bin Mohamed Zafrualam. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Program Annual General Meeting OTSA 2021, Ainul Sofiyah binti Azli, seterusnya diikuti dengan ucapan perasmian daripada Dr Padma A Rahman, Ketua Pusat Pengajian Pemulihan Carakerja. Majlis perasmian diakhiri dengan video gimik perasmian dan sesi fotografi bersama perasmi.

Program Annual General Meeting OTSA 2021 adalah platform yang digunakan untuk membentangkan tentang keseluruhan aktiviti  yang telah dijalankan oleh OTSA serta belanjawan sepanjang sesi 2020/2021, di samping dapat menghimpunkan semua pelajar, pensyarah dan staf-staf pemulihan carakerja di bawah satu majlis. Yasmin Shamimi binti Suhaimi selaku Bendahari Kehormat OTSA telah membentangkan laporan kewangan persatuan OTSA sesi 2020/2021, manakala Sufiza Majid selaku Setiausaha Agong OTSA telah membentangkan laporan pendokumentasian OTSA sepanjang sesi 2020/2021.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Presiden Persatuan OTSA sesi 2020/2021, Alia Najiah Binti Khoironadnan. Kemudian, majlis disertakan dengan tayangan video ahli jawatankuasa terbaik OTSA sesi 2020/2021. Untuk pengetahuan, pemilihan ahli jawatankuasa terbaik OTSA sesi 20/21 adalah melalui penilaian dan undian yang dilakukan berdasarkan semangat kepimpinan serta kerjasama yang telah ditonjolkan selama memegang jawatan sebagai OTSA. Terdapat 3 kategori pemenang yang dipilih berdasarkan undian tertinggi iaitu; Majlis Tertinggi Terbaik, Exco Terbaik, dan Pengarah Program Terbaik. Seterusnya majlis diteruskan dengan tayangan video perlantikan kepimpinan baru OTSA sesi 2021/2022 kepada semua hadirin yang menghadiri majlis. Perlantikan ini dilakukan selepas calon-calon pelajar dipilih melalui temuduga dengan barisan kepimpinan OTSA.

Tampuk kepimpinan baru OTSA diketuai oleh Muhammad Hafiy Bin Hassan, yang turut menyampaikan ucapan beliau sebagai Presiden baru OTSA Sesi 2021/2022. Barisan majlis tertinggi OTSA Sesi 2021/2022 dianggotai seramai 7 orang dan diikuti dengan barisan exco-exco persatuan yang terdiri daripada 17 orang ahli. Sebelum majlis diteruskan dengan ucapan daripada penasihat baru OTSA sesi 21/22 iaitu Puan Atiqah Azman, majlis memberi laluan kepada Dr Ghazali Masuri, penasihat 1 OTSA 20/21 untuk memberi sepatah dua kata. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi, nyanyian  lagu UiTM di Hatiku, dan bacaan doa rabitah.

Dengan kesempatan ini, majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa program Annual General Meeting OTSA 2021 yang telah bertungkus lumus menjayakan program sama asa secara langsung atau tidak langsung. Tahniah diucapkan kepada barisan OTSA sesi 2021/2022 dan semoga maju jaya dalam menjalankan tugas.