Atas dasar minat pada seduhan cita rasa kopi, Mohd Hazwan Hassim bersama rakannya Nur Syazani Sidop berhasrat untuk memulakan perniagaan minuman ‘Home Brew Coffee’. Dengan inspirasi kejayaan kedai kopi yang minimalis sekitar Malaysia, Indonesia dan Thailand serta pendekatan rasa bahagia dalam penyeduhan kopi dan terciptalah KopidanKamu.
Menurut Mohd Hazwan, yang merupakan alumni program Tunas Usahawan siri pertama, anjuran Tunas Mekar UiTM Cawangan Sarawak menyatakan konsep pondok kopi kami ini bersifatkan kopi bergerak. Kami ingin memudahkan ‘coffee lovers’ untuk menikmati kopi kami dengan konsep di jualan belakang bonet kereta. Kami telah bertapak di Coco Cabana, Miri Sarawak buat masa ini dan beroperasi setiap Selasa hingga Ahad, dari jam 4.30 petang sehingga jam 6.30 petang. Dengan pemandangan langit senja yang menutup hari di Coco Cabana dan kopi yang segar serta harga berpatutan. Kami percaya bahawa kebahagiaan itu sederhana dan mampu memberi seribu rasa dan cerita kepada penikmatnya.
Setiap seduhan yang diberi memberi seribu cerita kepada penikmatnya bersesuaian dengan slogan “Sharing Story on every Brew”. ‘Kopi seduhan yang kami sediakan ini dihasilkan menggunakan biji kopi segar yang di “roast” oleh pemanggang lokal. Origin biji yang kami guna termasuklah El Salvador, Colombia, Ethiopia dan Indonesia. Menu yang kami sediakan adalah Americano (The Minimalist), Latte (The classic), Salted caramel latte (The Sophiscated), Roasted Hazelnut Latte (The honest), Mocha (The young-at heart)’, tambah Mohd Hazwan lagi.
Mohd Hazwan berasa berterima kasih kerana program Tunas Usahawan siri 1 ini telah membuka mindanya bahawa perniagaan itu sebenarnya adalah satu pekerjaan yang menyeronokkan. Dalam situasi Covid begini, beliau sudah mula memberikan tumpuan sepenuh masa untuk menguruskan perniagaan ini dan dalam masa yang sama dapat menimba lebih banyak pengalaman dalam selok belok perniagaan.
Prof Madya Dr Jati Kasuma, selaku Felo Tunas Mekar dan juga pengasas kepada Program Tunas Usahawan berkata memang sasaran program yang dianjurkan kepada bakal mahasiswa UiTM Cawangan Sarawak bermatlamat untuk menyuntik semangat serta keyakinan untuk berniaga apabila mereka bergraduan kelak. Pengisian yang dirancang memang menerapkan elemen motivasi selain pengetahuan serta praktikal dalam keusahawanan kepada semua peserta Program Tunas Usahawan. Tunas Mekar UiTM Sarawak amat berterima kasih kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MINTRED) kerana telah menyuntik dana untuk perlaksanaan program sebegini kepada bakal graduan UiTM Sarawak.