AKTIVITI KOMUNITI – Senaman Berkumpulan Osteoarthritis Lutut Pusat Fisioterapi Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi Mara Selangor, Kampus Puncak Alam

Pusat Fisioterapi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah menganjurkan aktiviti senaman berkumpulan bagi individu-individu yang mempunyai masalah Osteoarthritis (OA) lutut 25 Ogos 2023. Seramai 26 orang peserta dari Surau AS-SOBIRIN SBCR, Saujana Utama Sg Buloh, Selangor telah menyertai program ini.

Objektif utama program ini adalah bagi memberikan maklumat mengenai kondisi OA dan mendidik masyarakat tentang pengurusan yang sesuai bagi mengurangkan simptom OA melalui ceramah yang disampaikan oleh Pensyarah Fisioterapi, En Naim Faiz bin Ahmad Imran. Program khidmat komuniti yang diketuai oleh En Mohammad Farid bin Ngagipar (Fisioterapis) turut berkongsi cara-cara melakukan senaman yang sesuai bagi individu yang mempunyai OA lutut.

Program ini akan berlangsung sebanyak 3 sesi bagi memastikan peserta dapat melakukan rutin senaman dengan cara yang betul. Program ini turut mendapat kerjasama dari pasukan Unit Kesihatan UiTM Selangor yang diketuai oleh Dr Wan Rafidah Zawani binti Wan Ali bagi membantu proses saringan kesihatan peserta sebelum mereka melakukan senaman.