Melaka, 23 Januari 2025 – Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka mengaplikasikan apa yang dipelajari melalui subjek Usahawan Teknologi (ENT600) dalam Pertandingan Keusahawanan Teknologi (TEC) 2025 meraih pengiktirafan yang melabuhkan tirainya dengan majlis penyampaian hadiah secara maya hari ini.
Pertandingan yang bertemakan “Teknologi Pintar dan Lestari untuk Masa Depan yang Lebih Baik” ini menarik lebih 450 penyertaan poster kajian kes dan 86 video inovasi dan telah dinilai daripada pelbagai institusi dalam dan luar negara. Peserta dinilai berdasarkan kreativiti, kebolehpasaran, dan impak inovasi dalam kategori Kajian Kes Keusahawanan Teknologi (TECSC2025) dan Pameran Idea serta Inovasi Produk Maya (VPRIDE2025).
Menurut Dr. Saida Farhanah Sarkam, pertandingan ini menjadi platform penting bagi pelajar mengasah kreativiti serta menghubungkan pembelajaran teori dengan aplikasi praktikal.
Perasmian majlis disempurnakan oleh Puan Siti Aminah Wahab, yang menekankan kepentingan inovasi dan keusahawanan dalam memacu pembangunan negara serta mengukuhkan kerjasama akademik di peringkat antarabangsa.
Penulis: Saida Farhanah Sarkam, Mega Amirah Raihana Mohd Shahar, Radziatul Shima Mohd Shah, Azila Sahrim