Taklimat Kolej Angsana, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam

Puncak Alam, 28 November 2024 – Taklimat Kolej Angsana telah dilaksanakan pada hari Isnin, 28 November 2024 bertempat di Surau Ibnu Sina, Universiti Tekonologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam, khusus kepada pelajar-pelajar yang menginap di Kolej Kediaman Angsana bagi Sesi Oktober – Februari 2025. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Angsana Sesi 2024/2025 bersama Sekretariat Perwakilan Kolej (SPK) Angsana dan program ini turut menjemput Pengetua Kolej Angsana dan Casuarina, Unit Pengurusan Kolej (UPK), barisan Staf Residen Kolej (SRK), dan wakil dari Unit Polis Bantuan.

Tujuan utama Taklimat Kolej Angsana dijalankan adalah bagi mendedahkan kepada warga Kolej Angsana berkaitan Akta 174 UiTM yang berkait rapat dengan peraturan kolej serta dapat mengeratkan hubungan antara semua warga Kolej Angsana termasuklah Unit Pengurusan Kolej, Staf Residen Kolej, dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Angsana. Selain itu, untuk memberikan platform kepada penghuni Kolej Angsana berkenaan maklumat terkini berkaitan Kolej Angsana dan menyediakan maklumat kepada warga Kolej Angsana iaitu berkenaan langkah untuk membuat aduan serta pendedahan kepada sahsiah diri, disiplin dan keselamatan semasa berada di kolej. Di samping itu, bagi memperkenalkan Pengetua Kolej Angsana dan Casuarina, barisan Unit Pengurusan Kolej, Staf Residen Kolej Angsana dan barisan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Angsana.

Dengan usaha yang dilakukan ini, diharapkan seramai 750 orang pelajar Kolej Angsana iaitu 413 orang pelajar lelaki dan 337 orang pelajar Perempuan yang hadir ke Taklimat Kolej Angsana mendapat manfaat dan menjadikan program ini sebagai program yang berimpak positif. Pelajar yang hadir ke taklimat diberikan e-merit sebagai nilai yang akan melayakkan pelajar mendapat penempatan di kolej pada semester akan datang.