Konvensyen Pendidikan Sarawak (KPS) 2024: Menggalakkan Pendidikan Berkualiti dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

26 Oktober 2024 (Sabtu) – Pendidikan Sarawak (KPS) 2024 anjuran Sparks Education Plt dengan kerjasama UiTM Cawangan Sarawak, Fakultas Pendidikan Ekonomi dan Bisnis, Universitas Pendidikan Indonesia, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan SK Puteri Negeri Sembilan di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan 2.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk membantu para pendidik dan pelajar dalam memperkasakan bidang pendidikan melalui elemen-elemen yang dititikberatkan dalam penganjuran dalam aspek kreativiti, inovasi dan teknologi. Selain itu, penganjuran KPS2024 juga adalah untuk membantu para pendidik dan pelajar dalam berevolusi ke arah pendigitalan dalam sektor pendidikan yang mana ianya akan memberi impak yang besar dalam sektor pendidikan di masa akan datang.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang KPS2024 dijalankan adalah pertandingan E-Poster, Bengkel Pemantapan Ilmu serta Program Khidmat Masyarat melalui penyerahan sumbangan 370 buku daripada Sparks Education Plt, melalui Program Pendidikan SAB Sparks kepada sekolah-sekolah di seluruh kawasan Daerah Samarahan dan Sekolah Kebangsaan Puteri, Negeri Sembilan sebagai sebahagian daripada inisiatif menyokong pendidikan tempatan.

Dalam Bengkel Pemantapan Ilmu, KPS 2024 menyediakan sesi pengkongsian ilmu dalam meningkatkan komunikasi pendidik-pelajar, strategi pembelajaran yang inovatif dan memupuk keusahawanan dalam pendidikan. Sesi pengkongsian ini telah disampaikan oleh ahli akademik jemputan antaranya adalah Profesor Madya Dr Geraldine De Mello, UiTM Cawangan Melaka, Profesor Madya Dr. Nalini Arumugam, SEGI University dan Profesor Madya Dr. Jati Kasuma Ali, UiTM Cawangan Sarawak.

Majlis Perasmian Penutupan KPS 2024 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Rubiah binti Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Dalam majlis ini beliau juga menyampaikan anugerah kepada para pemenang Pertandingan E-Poster dan Anugerah Khas KPS 2024. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah Profesor Madya Dr. Abdul Razak Abdul Kadir, Penolong Rektor Kampus Samarahan 2 mewakili Pemangku Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Dr. Mohamad Idham Haji Md Razak, Ketua Projek Konvensyen Pendidikan Sarawak (KPS) 2024 dan Dr Margaret Lucy Gregory, Ketua Pusat Pengajian, Perniagaan dan Pengurusan.