Majlis Perasmian Simbolik Penyerahan Wang Saku Fidyah MAIS-UCS

Puncak Alam, 8 Ogos 2024 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan usahasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah berjaya menganjurkan Majlis Perasmian Simbolik Penyerahan Wang Saku Fidyah MAIS-UCS. Majlis telah menyaksikan penyerahan simbolik sumbangan MAIS kepada pelajar terpilih dari UiTM, UKM, UPM, UIS, UNISEL dan MSU.

YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam (MAIS) sebagai perasmi majlis. Turut hadir adalah barisan Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS, iaitu barisan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Selangor (UIS), Management and Science University (MSU) dan Universiti Selangor (UNISEL).

Kolaborasi dan kerjasama yang terbina melalui program MAIS-IPT ini merupakan suatu simbolik usaha untuk mensejahterakan golongan asnaf di negara kita khususnya di Negeri Selangor. Seramai 1500 orang pelajar UiTM (UiTM Cawangan Selangor – 1000 orang & UiTM Shah Alam – 500 orang) telah dipilih sebagai antara penerima wang saku fidyah di kalangan institusi pengajian tinggi di Negeri Selangor ini. Pelbagai bantuan yang telah disalurkan oleh pihak MAIS sebelum ini, antaranya ‘Penyerahan Kotak Rezeki’, ‘Bantuan Bakul Rezeki’, ‘Khidmat Bimbingan dan Nasihat’, serta ‘Konsultasi dan Rujukan Profesional’.