4 Jun 2024 , Segamat – Dalam Laporan Kegembiraan Dunia 2024, Malaysia turun empat tangga berbanding tahun 2023, menduduki tangga ke-59. Ini menunjukkan penigkatan serius kesihatan mental masyarakat di Malaysia. Pada masa kini kesihatan mental adalah satu perkara yang amat dititik beratkan oleh semua lapisan masyarakat. Oleh itu, satu inisiatif Program ceramah “Campus Life”, Bahagia atau Derita” telah diadakan di Masjid As-Syakirin UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Program ini dianjuran oleh Kelab Al-Falah.
Program ini bagi memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kehidupan di dalam kampus. Penceramah jemputan Ustaz Aemy bin Aziz, pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari menjelaskan antara isi ceramahnya mengingatkan agar pelajar bijak mendepani cabaran dengan kehidupan di dalam kampus denga cara yang sihat dan tidak tergelincir ke kancah negatif. Menjauhkan aktiviti dan kawan negatif adalah suatu tindakan yang perlu dilakukan bagi menjadikan seseorang terus cemerlang di peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan peringkat seterusnya.
Oleh itu, program ini memberikan manfaat kepada individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Ini bermaksud kesihatan mental adalah asas kepada kesejahteraan individu dan kemampuan masyarakat berfungsi secara efektif. Kesihatan mental adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup. Namun segelintir mahasiswa yang baru berjinak-jinak dengan kehidupan kampus dan realiti mendepani cabaran tanpa ditemani keluarga, ibu bapa atau sanak saudara kadangkala tidak tahu memilih jalan yang benar. Justeru itu, pastinya program ini dapat lengkap diisi dengan ilmu berkenaan kehidupan dan pengalaman di dalam kampus.
Majlis penyampaian cenderamata disempurnakan oleh Ustaz Mohamad Zaki bin Razaly. Setinggi ucapan terima kasih kepada penceramah dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang menyokong program seperti ini serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakannya.