PROGRAM KEPIMPINAN ALTRUISTIK (PKA) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN PAHANG DAN INSTITUT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPIMPINAN (i-LEAD)

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Pahang telah bekerjasama dengan Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan ( i-LEAD ) , Kementerian Belia dan Sukan melangsungkan Program Kepimpinan Altruistik (PKA) UiTM dan i-LEAD di Dewan Al Biruni 1 Kampus Jengka pada 20 Jun 2023.

YBhg Profesor Ts Dr Mohd Ilham Adenan, Rektor UiTM Cawangan Pahang telah menyempurnakan perasmian penutupan program ini. Dalam ucapan penutup ini, YBhg Prof Rektor amat menyokong penerapan kepimpinan altruistik atau kesukarelawanan dalam diri mahasiswa UiTM Cawangan Pahang. YBhg Prof Rektor juga ingin hubungan dan kerjasama di antara UiTM Cawangan Pahang dan i-LEAD KBS terus dipereratkan dan saling mengadakan kerjasama untuk kebaikan mahasiswa UiTM Cawangan Pahang.

Program ini telah melibatkan 300 orang mahasiswa UiTM Cawangan Pahang.

Sebelum majlis penutup oleh YBhg Profesor Rektor , program ini telah menjemput Angkatan Pertahanan Awam Daerah Maran yang diketuai oleh YBrs Kapten (PA) Mohd Noor Azhar bin Yusof – Pegawai Pertahanan Awam Daerah Maran berkongsi tentang asas altruistik seperti asas kemahiran medik, asas kemahiran melawan kebakaran dan asas pengendalian haiwan berbisa dan merbahaya.

Program ini telah dihadiri oleh:
1. YBrs Dr Haji Mohd Kamal Azman bin Jusoh – Timbalan Rektor HEP
2. YBrs En Kamalifauzi bin Abdul Rashid – Ketua Kem, Kem Wawasan Negara Bukit Sagu
3. YBrs Sufian bin Yusof – Penolong Pengarah Kem Wawasan Negara Maran

Program ini telah dikelolakan BHEP yang diketuai oleh YBrs En Mohd Risham bin Jaafar, Felo IMPAK dan i-LEAD Kem Wawasan Negara Maran yang diketuai oleh YBrs Sufian bin Yusof – Penolong Pengarah Kem.

Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi di lain masa.