PROGRAM PERBINCANGAN DUA HALA: PEMERKASAAN MAHASISWA BERSAMA DEWAN EKSEKUTIF MAHASISWA ( DEM) DAN TIMBALAN REKTOR HAL EHWAL PELAJAR

YBrs Dr Haji Mohd Kamal Azman bin Jusoh, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar telah menghadiri Program Perbincangan Dua Hala : Pemerkasaan Mahasiswa Bersama Dewan Eksekutif Mahasiswa (DEM) yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP) pada 20 Jun 2023 di Dewan Al Biruni 1 UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

Program ini yang dikendalikan oleh MPP yang diketuai oleh Saudara Wan Muhammad Zafarul Haikal bin Wan Mohd Zaidi, Yang DiPertua MPP telah mengumpulkan seramai 180 orang ahli DEM di dewan Al Biruni 1 untuk menyampaikan informasi dan mendedahkan tentang Pemerkasaan Mahasiswa di UiTM se-Malaysia.

YDP MPP telah memberitahu bahawa Pemerkasaan Mahasiswa ini dilihat dalam konteks yang lebih besar iaitu dengan memberikan lebih banyak tanggung jawab dan ruang membuat keputusan kepada mahasiswa. Ini sesuai dengan hasrat memberikan lagi kebebasan dan automomi kepada Kesatuan Pelajar (Student Union).

Tiga cadangan kuasa automomi yang akan diberikan kepada pelajar adalah:
1. Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar UiTM
2. Tatakelola Pengurusan Kewangan Pelajar
3. Pengurusan Dalam Meluluskan Aktiviti Persatuan/Kelab Pelajar.

Sesi dua hala telah dilakukan dan pelbagai pertanyaan dan cadangan telah diberikan oleh wakil DEM kepada YBrs Dr Timbalan Rektor HEP dan YDP MPP.

Para wakil DEM berpuashati dengan penerangan dalam program ini dan mereka akan terus membincangkan bersama MPP untuk memastikan keputusan persetujuan perlaksanaan yang diambil nanti akan memberikan kelebihan yang maksima kepada persatuan dan kelab mahasiswa .

Pegawai BHEP yang turut terlibat dalam program ini adalah:
1. En Mohd Hanifah bin Hashim, Penolong Pendaftar Kanan
2. En Mohd Faizal Azrul Azwan bin Muhamad @ Che Harun, Ketua Unit Kepimpinan Pelajar (UKP)
3. En Mohd Risham bin Jaafar, Felo Institut Pemikiran dan Kepimpinan Pelajar (IMPAK)
4. En Amar bin Sharuddin , Pegawai Eksekutif
5. Puan Siti Zaleha binti Hamid, Pegawai Eksekutif