3rd Kelantan International Learning and Exhibition 2021 – Digital Edition (KILIEx 2021 – Digital Edition) akan dianjurkan buat kali ke-3 bagi memupuk budaya inovasi dan kreatif di kalangan pendidik, pelajar, masyarakat dan pihak industri serta memberikan pengiktirafan yang sewajarnya terhadap hasil rekacipta mereka.
Berdasarkan sambutan yang memberangsangkan pada KILIEx 2019 ianya dilihat sebagai satu platform yang diterima baik oleh para pendidik, pelajar, masyarakat dan industri untuk menunjukkan kemampuan mereka mencipta dan menghasilkan idea atau produk yang terbaru dan mengetengahkan hasil inovasi yang dicipta. Kali ini melalui 3rd Kelantan International Learning and Exhibition 2021 – Digital Edition (KILIEx 2021 – Digital Edition) diharapkan lebih banyak penyertaan produk-produk yang mempunyai nilai komersial yang tinggi akan dipertandingkan.