Pada 31 Januari 2024, telah berlangsungnya Kolokium Pascasiswazah Pengajian Kejuruteraan Elektrik 2024 di UiTM Cawangan Pulau Pinang anjuran Unit Pascasiswazah PKE. Kolokium ini telah diadakan secara atas talian menggunakan platform Webex. Kolokium ini merupakan acara tahunan yang diadakan untuk pelajar-pelajar pascasiswazah di UiTM Cawangan Pulau Pinang membentangkan kajian mereka di peringkat pengajian sarjana dan PhD.
Program ini melibatkan pelajar pascasiswazah yang telah membentangkan hasil-hasil kajian mereka adalah dari program CEE750 dan CEE950 dan juga semua staf Pengajian Kejuruteraan Elektrik (PKE) termasuk penyelia pelajar dan pensyarah. Kolokium ini bukan sahaja diadakan untuk membantu pelajar berkongsi hasil kajian masing-masing, tetapi juga untuk memberi sokongan kepada pelajar pascasiswazah secara teknikal dalam pengajian mereka.
Penglibatan hampir kesemua pensyarah PKE sebagai panel untuk memberikan pandangan hasil kajian pembentangan pelajar pascasiswazah di kolokium ini dapat memberikan buah fikiran dan idea untuk pelajar memperbaiki kajian mereka di masa hadapan. Diharapkan juga, dari kolokium ini pelajar pascasiswazah akan lebih terbuka dan kreatif dalam menjalankan kajian sepanjang pengajian mereka.