
SERI ISKANDAR, 8 Mei 2025 – Pengajaran dan pembelajaran kolaboratif telah diadakan bagi pelajar semester 6 Program Ukur Bahan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.
Program ini melibatkan kolaborasi bersama Alumni UiTM seorang Pengurus Kontrak dari Industri Tempatan dalam Pengajaran Penyediaan Pengiraan Awalan Projek bagi perspektif Jurukur Bahan iaitu Sr Mohamad Fadli Badarudin (CQS). Program yang bermula pada jam 8 malam dan berakhir pada jam 10 malam secara di dalam talian ini dihadiri oleh 35 pelajar tahun akhir Diploma Ukur Bahan.

Pengajaran kolaboratif ini menggunakan Model 2, iaitu dari individu yang berkepakaran dalam bidang Ukur Bahan, dengan fokus pada kaedah penyampaian. Penekanan kolaborasi ini adalah menerapkan pemahaman praktis di industri ke arah penyediaan dan pemurnian Company Profile, Work Programme dan Preliminary Detailed Abstract ( PDA) .
Penyampaian dimulakan dengan meneliti isi kandungan di dalam pembentangan pelajar dan cadangan penambahbaikan. Pembelajaran secara atas talian memberi impak yang lebih mendalam dan berselang seli dengan ‘Question and Answer Session’.
Program ini berjaya mencapai sinergi kepakaran, pengoptimuman sumber dari segi masa, kos, dan perkongsian ilmu, serta meningkatkan kefahaman para pelajar terhadap subjek yang dipelajari.

Penulis bersama : Sr. Dr. Nor Suzila Lop , Sr. Teh Zahariah Nasaruddin
