
SERI ISKANDAR, 8 Mei 2025 – Pengajaran dan pembelajaran kolaboratif telah diadakan bagi kod subjek DQS359 Post-Contract Administration Practice untuk pelajar semester 6 Program Ukur Bahan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.
Program ini melibatkan kolaborasi bersama Alumni UiTM seorang Pengurus Kontrak dari Industri Tempatan dalam Pengajaran Pengurusan Kontrak bagi perspektif organisasi Kontraktor iaitu En Abu Shahmah Ramli. Program yang bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari ini dihadiri oleh 60 pelajar tahun akhir Diploma Ukur Bahan.

Pengajaran kolaboratif ini menggunakan Model 2, iaitu dari individu yang berkepakaran dalam bidang Teknologi Pembinaan, dengan fokus pada kaedah penyampaian. Penekanan kolaborasi ini adalah menerapkan pemahaman praktis di industri yang bertajuk ‘Real-Life Challenges and Best Practices in Managing Construction Contracts From Site Possession to Final Account –A Contractor’s Perspective ‘ .
Penyampaian dimulakan dengan pengenalan kepada jenis projek yang menggunapakai Kontrak dari projek Kerajaan dan Swasta. Pembelajaran secara fizikal di ruang legar Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)UiTM Perak memberi impak yang lebih mendalam dan berselang seli dengan ‘Question and Answer Session’. Topik pengenalan ini adalah sebahagian daripada CLO1 di dalam DQS359, iaitu EMPLOY the provisions in the current Malaysian standard form of contract as mechanism for post contract administration, as practiced in construction industry.
Program ini mencapai sinergi kepakaran, pengoptimuman sumber dari segi masa, kos, dan perkongsian ilmu, serta meningkatkan kefahaman para pelajar terhadap subjek yang dipelajari.

