
Jengka, 8 Mei 2025 – Satu program “Majlis Kecemerlangan Akademik, Program Perkongsian Ilmu Amalan Terbaik Kepimpinan Dalam Menerajui Kejayaan Pelajar FKA” telah berjaya dilaksanakan oleh Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) dengan Kerjasama Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam (CESS) bertempat di Masjid Uwais Al-Qarni, UiTM Pahang, Kampus Jengka. Majlis ini menggabungkan tiga program sekaligus iaitu Majlis Penyampaian Anugerah Dekan, program perkongsian ilmu serta perjumpaan mentor-mentee.
Seramai 15 orang pelajar semester pertama serta 25 orang pelajar semester kedua telah menerima Surat Penghargaan yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Ts Dr Rohaya binti Alias, Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang sebagai pemangkin untuk terus mencapai kecemerlangan serta mengharumkan nama Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM.

Selain meraikan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang, program ini turut diselitkan dengan majlis perkongsian ilmu yang bertajuk ‘Amalan Terbaik Kepimpinan Dalam Menerajui Kejayaan Pelajar FKA’. Majlis yang pengerusikan oleh Encik Mohd Risham bin Jaafar, Pensyarah Kanan FKA ini memaparkan dua orang tetamu jemputan iaitu saudara Aliffrazi Zahirulhaq bin Noor Azlan, mantan Presiden CESS serta saudara Aiman Arfan bin Noor Azmi, mantan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Program-program yang dijalankan ini dilihat dapat dijadikan sebagai inspirasi kepada pelajar lain untuk meningkatkan usaha dan komitmen mereka dalam mencapai kejayaan. Selain itu, program mentor-mentee yang diadakan dapat memastikan perkembangan semasa pelajar dari segi akademik mahupun mental berada dalam keadaan baik.
Penulis : Risham bin Mohd Jaafar, Nurul Aishah binti Abd Rahman
